Friday, September 3, 2010

Komputer

hye semua
kali neh aku nak share puLak pasal lesson practice aku pagi tadi.
Tajuk neh memang da biasa korang dengar.
Dekat blog2 pon bersepah pasal tajuk neh.
Tapi tuh blog orang Lain, blog aku xdak lagi kan.
HEHE

Oke nilah tajuk aku - PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

so kat bawah nih adalah antara kandungan dalam WIM Information Sheet yang aku dah buat.
Penat kau tawu buat benda neh smpai xtido.

Jom tengok apa yang ada.


SEJARAH AWAL KOMPUTER

Terbahagi kepada dua zaman iaitu:

a)Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempoa) untuk melakukan perhitungan, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas. Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Serikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.


Selepas tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

1. Generasi Pertama (1940 - 1959)
2. Generasi Kedua (1959 -1964)
3. Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
4. Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
5. Generasi Kelima (masa depan)

Ringkasan Sejarah Komputer

- 1937 Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.
- 1946 Dr.John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 ' vacum tube ' dan seberat 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.
- 1958 Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.
- 1964 Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC( Intergrated Chip ) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.
- 1970 Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration) diperkenalkan.Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15000 litar.
- 1975 Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih digunakan hinggan ke hari ini.
- 1981 IBM memperkenalkan PC(Personal Computer) yang pertama.
- 1984 IBM memperkenalkan PC bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286.
- 1989 Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor di dalamnya.


DEFINISI KOMPUTER

Komputer adalah sebuah peranti elektronik yang mampu memanipulasi,menyimpan dan memproses maklumat untuk mendapat keputusan atau hasil yang diinginkan. Komputer dicipta untuk memudahkan kehidupan harian manusia. Besar atau kecil sesebuah komputer itu, secara tipikalnya menjalankan prosesnya dalam tiga langkah yang jelas :

- menerima input
- memproses input berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh program tertentu
- mengeluarkan output

Selain itu, komputer mempunyai dua prinsip atau sifat yang utama iaitu

- bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan
- mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik

4 peranti utama komputer
A) Peranti Input
B) Peranti Output
C) Peranti Storan
D) Unit Pemprosesan



Oke so far aku rasa yang tuh ja yang aku nak cerita sebagai permulaan.
Untuk sambungannya aku akan publish nanti.
Nanti panjang2 sangat pon, korang semput puLak nak baca kan.
so baca yang ini dulu k.
ada yg dapat info baru pasal apa yg aku share neh?


0 comments:

THANKS FOR YOUR VISIT. DO COMES AGAIN. ;)