Friday, September 3, 2010

Ubat Nyamuk Elektronik

Oke pada entry yang lepas2 aku ada story pasal final project semester akhir aku kan.

Kali neh pon aku nak crita jugak pasal projek elektronik.
Tapi yg neh aku buat masa semester 1 aku kat Ciast.
Kira macam litar simple ja La kan.
Memang simpLe sangat cara nak buat.
Dalam hobby kit pon ada benda neh.


Untuk nak halau nyamuk,biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Tapi ubat nyamuk tuh macam annoying kan biLa keluar asap2 bagai. Jadi jom aku ajar korang guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik Hobby Kit neh.

Untuk diagram atas veroboard adalah seperti di bawah ini. Kalau nak pasang ikut terus seperti di diagram ini.

Oke kat bawah neh aku crita pasal komponen untuk Litar neh oke.
Kalo macam aku duLu senang, mintak ja dgn pengajar, semua komponen dia dah sedia.
Tak payah susah2 nak pegi besesak kat Jalan pasar Lagik. HEHE

OKe, dalam neh kita ada perintang. Nilai perintang 1.2K kod warnanya adalah coklat, merah dan merah. Hujungnya adalah emas. Manakala perintang 2.2K adalah merah, merah dan merah. Hujungnya juga adalah emas. Bacaan pada perintang boleh laras tertera nilai pada body komponen tersebut dan tiada kod warna. Sama juga kapasitor seperti 47 mikro Farad dan 10 mikro Farad, tertera nilai kapasitan di body komponen tersebut. Manakala kapasitor 0.01 mikro Farad tertera nombor 103 pada body. IC digunakan adalah jenis 555. Tidak kiralah di depannya ada tambahan abjad seperti NE555 atau LM555. Yang penting adalah 555 dan berkaki 8. IC 7555 juga boleh digunakan kerana ianya sama tetapi IC timer ini adalah jenis CMOS. Pastikan kapasitor jenis kutub seperti 47uF dan 10uF dipasang ikut polariti positif dan negatif. Tertera pada body kapasitor adalah tanda negatif (-). Tiada tanda positif. Bagi kapasitor 0.01uF pula tiada kutub dan boleh pasang ikut mana-mana kedudukan kaki. Untuk perintang boleh laras (VR) terdapat tiga kaki. Untuk projek ini hanya kaki tengah dan salah satu kaki kiri atau kanan digunakan. Ia tiada kutub. Pada diagram merupakan VR jenis trimmer bersaiz kecil.

Tawu tak piezo tuh apa? Piezo seperti speaker tapi tidak serupa macam speaker. Dalam binaan buzzer ia digunakan selain pelbagai kegunaan dalam alat mainan elektronik.
Tengok gambar bawah neh,



Macam nilah rupanya. Mudah diperolehi. Tidak perlu risau untuk mencarinya. Kedai elektronik yang menjual komponen pon banyak ada jual. Piezo inilah yang akan menghasilkan frekuensi tinggi yang hanya nyamuk boleh mendengar gangguan frekuensi tersebut. Nyamuk akan pergi jauh dari frekuensi tersebut.

So far paham x pasal project neh?
Kalo dah faham bagus r, kalo rajen boleh cuba buat k.
Senang ja, Do It Yourself.

selamat mencuba. ;)

0 comments:

THANKS FOR YOUR VISIT. DO COMES AGAIN. ;)