Friday, September 3, 2010

Komputer Terpakai

Oke sebelum aku sambung lebih lanjut pasal komputer, neh ada iklan sikit aku nak share dgn korg.
Benda neh pasal komputer jugak.

Layann~

Otak perlu fikir luar daripada pada kotak fikiran kan..so..lets be creative..tngok nie..usaha2 manusia yang menghasilkan ciptaan yg sngatttt cute..sempoi plak tue..membazir pon tak..silap2 bleh buat part time or jual..masuk gak income.. :)








Macamana?
Kreatif kan?
Korang ada pnah pikir ke nak buat cmneh?


Komputer

hye semua
kali neh aku nak share puLak pasal lesson practice aku pagi tadi.
Tajuk neh memang da biasa korang dengar.
Dekat blog2 pon bersepah pasal tajuk neh.
Tapi tuh blog orang Lain, blog aku xdak lagi kan.
HEHE

Oke nilah tajuk aku - PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

so kat bawah nih adalah antara kandungan dalam WIM Information Sheet yang aku dah buat.
Penat kau tawu buat benda neh smpai xtido.

Jom tengok apa yang ada.


SEJARAH AWAL KOMPUTER

Terbahagi kepada dua zaman iaitu:

a)Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempoa) untuk melakukan perhitungan, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas. Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Serikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.


Selepas tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

1. Generasi Pertama (1940 - 1959)
2. Generasi Kedua (1959 -1964)
3. Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
4. Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
5. Generasi Kelima (masa depan)

Ringkasan Sejarah Komputer

- 1937 Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.
- 1946 Dr.John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 ' vacum tube ' dan seberat 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.
- 1958 Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.
- 1964 Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC( Intergrated Chip ) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.
- 1970 Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration) diperkenalkan.Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15000 litar.
- 1975 Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih digunakan hinggan ke hari ini.
- 1981 IBM memperkenalkan PC(Personal Computer) yang pertama.
- 1984 IBM memperkenalkan PC bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286.
- 1989 Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor di dalamnya.


DEFINISI KOMPUTER

Komputer adalah sebuah peranti elektronik yang mampu memanipulasi,menyimpan dan memproses maklumat untuk mendapat keputusan atau hasil yang diinginkan. Komputer dicipta untuk memudahkan kehidupan harian manusia. Besar atau kecil sesebuah komputer itu, secara tipikalnya menjalankan prosesnya dalam tiga langkah yang jelas :

- menerima input
- memproses input berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh program tertentu
- mengeluarkan output

Selain itu, komputer mempunyai dua prinsip atau sifat yang utama iaitu

- bertindakbalas kepada set arahan yang spesifik mengikut kaedah atau turutan yang telah ditentukan
- mampu menjalankan senarai arahan yang pelbagai bentuk dan aras secara lebih sistematik

4 peranti utama komputer
A) Peranti Input
B) Peranti Output
C) Peranti Storan
D) Unit Pemprosesan



Oke so far aku rasa yang tuh ja yang aku nak cerita sebagai permulaan.
Untuk sambungannya aku akan publish nanti.
Nanti panjang2 sangat pon, korang semput puLak nak baca kan.
so baca yang ini dulu k.
ada yg dapat info baru pasal apa yg aku share neh?


Ubat Nyamuk Elektronik

Oke pada entry yang lepas2 aku ada story pasal final project semester akhir aku kan.

Kali neh pon aku nak crita jugak pasal projek elektronik.
Tapi yg neh aku buat masa semester 1 aku kat Ciast.
Kira macam litar simple ja La kan.
Memang simpLe sangat cara nak buat.
Dalam hobby kit pon ada benda neh.


Untuk nak halau nyamuk,biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Tapi ubat nyamuk tuh macam annoying kan biLa keluar asap2 bagai. Jadi jom aku ajar korang guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik Hobby Kit neh.

Untuk diagram atas veroboard adalah seperti di bawah ini. Kalau nak pasang ikut terus seperti di diagram ini.

Oke kat bawah neh aku crita pasal komponen untuk Litar neh oke.
Kalo macam aku duLu senang, mintak ja dgn pengajar, semua komponen dia dah sedia.
Tak payah susah2 nak pegi besesak kat Jalan pasar Lagik. HEHE

OKe, dalam neh kita ada perintang. Nilai perintang 1.2K kod warnanya adalah coklat, merah dan merah. Hujungnya adalah emas. Manakala perintang 2.2K adalah merah, merah dan merah. Hujungnya juga adalah emas. Bacaan pada perintang boleh laras tertera nilai pada body komponen tersebut dan tiada kod warna. Sama juga kapasitor seperti 47 mikro Farad dan 10 mikro Farad, tertera nilai kapasitan di body komponen tersebut. Manakala kapasitor 0.01 mikro Farad tertera nombor 103 pada body. IC digunakan adalah jenis 555. Tidak kiralah di depannya ada tambahan abjad seperti NE555 atau LM555. Yang penting adalah 555 dan berkaki 8. IC 7555 juga boleh digunakan kerana ianya sama tetapi IC timer ini adalah jenis CMOS. Pastikan kapasitor jenis kutub seperti 47uF dan 10uF dipasang ikut polariti positif dan negatif. Tertera pada body kapasitor adalah tanda negatif (-). Tiada tanda positif. Bagi kapasitor 0.01uF pula tiada kutub dan boleh pasang ikut mana-mana kedudukan kaki. Untuk perintang boleh laras (VR) terdapat tiga kaki. Untuk projek ini hanya kaki tengah dan salah satu kaki kiri atau kanan digunakan. Ia tiada kutub. Pada diagram merupakan VR jenis trimmer bersaiz kecil.

Tawu tak piezo tuh apa? Piezo seperti speaker tapi tidak serupa macam speaker. Dalam binaan buzzer ia digunakan selain pelbagai kegunaan dalam alat mainan elektronik.
Tengok gambar bawah neh,



Macam nilah rupanya. Mudah diperolehi. Tidak perlu risau untuk mencarinya. Kedai elektronik yang menjual komponen pon banyak ada jual. Piezo inilah yang akan menghasilkan frekuensi tinggi yang hanya nyamuk boleh mendengar gangguan frekuensi tersebut. Nyamuk akan pergi jauh dari frekuensi tersebut.

So far paham x pasal project neh?
Kalo dah faham bagus r, kalo rajen boleh cuba buat k.
Senang ja, Do It Yourself.

selamat mencuba. ;)

Thursday, September 2, 2010

Video Teknologi

hello.
salam untuk semua k.
td aku ada buat lesson practice.
tajuk aku adalah benda berkaitan teknologi.
ia itu pengenalan kepada komputer.
so td aku ada share video dgn student2 aku.
video tuh bukan pasal komputer,
tetapi lebih advance Lagik tntang teknologi pada masa kini.
Jom Layann.



HAHA Amacam ? besh kan?
aku suka giLa benda neh since aku pon salah sorg kaki shopping yg kental kan.
besh kan kalo kat Malaysia pon ada benda neh.
xdak la kaum2 Laki pon penat nak tunggu bini2 n awek2 nak shopping Lama2.
HEHE
dgn adanya benda neh, mmg menjimatkan masa.~!!


so itu ja yg aku nak share dgn korang pada masa neh.
c ya again!


Tuesday, August 31, 2010

FINAL PROJEK ELEKTRONIK

oke kaLi neh aku nak review sikit tntang final projek yang aku buat untuk semester lepas.
tajuk final projek aku simPle jep.
SMART AQUARIUM.


oke meh aku nak cita sikit pasai functions projek aku neh yaw
aquarium nih trbahagi kpd 3 sistem utama
1. bagi makanan ikan mngikut tym yg kita tetapkan 3 kali sehari
2. tukaQ air secara automatik ikut tym yg kita setkan
3. sntiasa mngimbangkan kestabilan pH air yang sesuai untuk ikan
bila mana pH stabiL, lampu hijau mnyaLa, kalo xstabiL pLak Lampu merah yg myala yaw

oke phm x anak2?

haha sapa berminat nak buat kat akuarium bpk korg boleh gtaw aku yaw
xpe harga boleh runding, harga kwn2 jep
haha yer yer oo jer nak buat Lagik
mntak ampun La
kaLo x pasaL markah finaL projek
xdak mknanya aku nak buat benda alah serabot otak nih
T_T


ini adalah main board utk nak set segaLa2 yg aku cakap td
semua set kt cni jep oke
nnt skrin LCD kecik tuh akan paparkan semua

yg cawan biru tuh tmpt nk Letak makanan ikan tuh
haha giLa smpai tebuk cawan2 minum Lah kan
dah xsempat nak cari bekas hat elok sikit dah
hari ahad kan kdai byk tutup
;p





nih gmbaQ dr dekat
tgk tampaL tulisan pon dah senget2
5 minit b4 present baru sempat nak tampaL
HUHU
korg maybe xnmpak kot
dLm tuh actually ada 2 sensor water LeveL dgn pH meter





So cmna projek neh? oke x?
nampak mmg simpLe, tp nak buat mmg srabot gak ah skit.
tmbah2 kat Part programming tuh, payah kott!
huhu


oke tuh ja aku nak story untuk entry kaLi neh.
kaLo berminat , boLeh r roger2.
nursyazwanijamil@gmail.com
oke chaw~


THANKS FOR YOUR VISIT. DO COMES AGAIN. ;)